Elfira Loy Jawab Isu Gosip Dengan Baim Wong

Baru sahaja semalam kami membaca artikel daripada sebuah tabloid mengenai pelakon Indonesia, Baim Wong yang mengaku bercinta dengan Elfira Loy.


Elfira Loy Jawab Isu Gosip Dengan Baim Wong, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, elfira loy, baim wong, sensasi




Pengakuan itu bagai dikuatkan lagi apabila Elfira juga ada memuat naik beberapa keping foto mesra bersama Baim ketika menghadiri perkahwinan Raffi Ahmad dengan Nagita Slavina di Jakarta.


Tapi, apa yang peliknya hari ini Elfira menafikan pula dakwaan yang dibuat oleh Baim menerusi temu bualnya dengan akhbar Utusan. Friend zone lagi rupanya?

    “Saya tidak bercinta dengan Baim. Kenyataan yang dikeluarkan itu hanya dari mulut Baim. Bukan dari saya. Memang saya ke Jakarta, Indonesia untuk bertemu dengan Baim selepas dia mengajak saya ke majlis perkahwinan kawannya.


Elfira Loy Jawab Isu Gosip Dengan Baim Wong, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, elfira loy, baim wong, sensasi


    Tetapi saya bukan pergi seorang. Ibu dan adik perempuan saya, Ezlisa Loy ada juga bersama. Baim hanyalah kawan biasa saya. Lagipun saya pernah memberitahu Baim saya tidak mahu bercinta lagi.”

Bagaimanapun, gadis berusia 20 tahun ini mengakui bahawa dia sedia maklum mengenai isi kandungan temu bual Baim bersama media di Indonesia.

    “Baim pernah beritahu media Indonesia dia akan memperkenalkan kekasihnya apabila menghadiri sebuah majlis dan tidak sangka pula saya yang menjadi penemannya ke majlis perkahwinan tersebut. Patutlah ramai memandang ke arah saya.

    Hakikatnya, kami tidak pernah bercinta dan hanya pernah berlakon bersama dalam telefilem Untuk Terakhir Kali pada 2012.”


Sumber : ohbulan.com

0 Response to "Elfira Loy Jawab Isu Gosip Dengan Baim Wong"

Catat Ulasan