Fazura Muncul Dengan Program Sendiri

Wah! Nampaknya lepas ni Fazura memang layak digelar selebriti antarabangsa. Malah, Rasanya tak salah kalau Fazura digelar Kim Kardashian Malaysia kerana bakal menjadi artis pertama yang mempunyai program realiti sendiri.


Fazura Muncul Dengan Program Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, Fazura

Jangan tak percaya pula tau sebabnya perkara ini memang dah official dan diwar-warkan sendiri oleh Fazura menerusi laman Instagramnya semalam.

Program yang diberi nama “Facing Up To Fazura” itu khabarnya bakal ditayangkan di saluran famous antarabangsa. Mana lagi kalau bukan saluran E! Asia (Astro Channel 712).


Fazura Muncul Dengan Program Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, Fazura

Fazura ketika ditemu bual Berita Harian berkata;

    “Menerusi program itu nanti saya mahu mereka yang tidak mengenali diri saya akan lebih kenal siapa Fazura sebenarnya. Semua yang dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukannya rekaan.

    Sejujurnya saya sangat terharu dan teruja apabila saluran E! mahu mengabadikan kisah saya dalam program terbitan mereka.”

Makin lakulah Fazura lepas ni kan? Mana tahu ada pengarah bertaraf antarabangsa terpikat dengannya dalam program tersebut. Terus dapat job overseas tau!

Jadi, buat ‘kipas-susah-mati’ Fazura, sila jangan lepaskan peluang untuk menonton program yang berdurasi selama setengah jam itu pada bulan Disember nanti.


Sumber ; ohbulan.com

Related Posts :

0 Response to "Fazura Muncul Dengan Program Sendiri"

Catat Ulasan