Foto Romantis Dato’ Siti Nurhaliza & Suami Cecah 23 Ribu Like

Dah lama kita tak mendengar cerita mengenai penyanyi tersohor negara ini kan? Yelah, semenjak berkahwin, Dato’ Siti Nurhaliza pun dah kurang dilanda kontroversi.


Foto Romantis Dato’ Siti Nurhaliza & Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, dato' siti nurhaliza, datuk k




Adalah sekali dua. Tetapi isu tersebut bagaikan ‘angin lalu’ sahaja. Apa sebabnya? Mestilah dek kerana fans Dato’ Siti yang tak pernah henti menyokong karier wanita ini.

Oleh itu, kami nak kongsi bersama anda semua foto-foto terbaru yang dimuat naik di laman instagramnya. Tapi, yang paling menarik mestilah 2 keping foto romantis Dato’ Siti dan suaminya, Dato’ K.


Foto Romantis Dato’ Siti Nurhaliza & Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, dato' siti nurhaliza, datuk k



Comelnya! Ha.. hampir terlupa pula. Seingat kami bulan lepas pun Dato’ Siti ada upload foto Dato’ K yang sedang baring di pehanya.

Baguslah begitu. Makin lama usia perkahwinan, makin romantis antara satu sama lain kan. Jadi, pada pasangan-pasangan veteran yang dah berkahwin tu, sila tiru cara Dato’ Siti dan Dato’ K ni tau. Barulah kasih sayang kekal sehingga akhir hayat.


Sumber : ohbulan.com

0 Response to "Foto Romantis Dato’ Siti Nurhaliza & Suami Cecah 23 Ribu Like"

Catat Ulasan