Gadis Mualaf Maut Sehari Selepas Peluk Islam

Gadis Mualaf Maut Sehari Selepas Peluk Islam

Gadis Mualaf Maut Sehari Selepas Peluk Islam | Seorang wanita berusia 20 tahun yang dipercayai baru sahaja memeluk agama Islam telah disahkan meninggal dunia maut selepas kenderaan yang dinaikinya bersama tiga rakan lain terlibat dalam satu kemalangan awal pagi ini di Kilometer 15, Jalan Labis-Yong Peng.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.40 pagi, mangsa yang dikenali Lii Sii Ping atau nama Islamnya, Nur Hidayah Insyirah meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad menyatakan mangsa yang merupakan penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu turut melibatkan tiga lagi penuntut UPNM yang lain iaitu Mohd.


Azrin Mohd. Idris, Muhammad Faridz Izzat Hamidnudin dan Mohamad Faridzuan Abdul Hamid. 

sumber

0 Response to "Gadis Mualaf Maut Sehari Selepas Peluk Islam"

Catat Ulasan