Guna tangan gali rakan tertimbus

Empat pekerja kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hanya menggunakan tangan untuk mengorek runtuhan tanah dalam usaha menyelamatkan rakan mereka yang tertimbus.

Guna tangan gali rakan tertimbus, info, terkini, berita, kemalangan
Mangsa yang terimbus terbaring menunggu ketibaan pasukan perubatan.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari semalam, mangsa lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun nyaris maut apabila dinding lubang sedalam lebih dua meter digali runtuh secara tiba-tiba berhampiran Damansara Damai, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku ketika dua mangsa itu sedang melakukan kerja menggali bagi menggantikan paip air di kawasan terbabit.

Difahamkan, mangsa yang masuk ke dalam lubang berkenaan terperangkap apabila tembok tanah pada lubang itu runtuh sebelum menimbus mangsa.


Guna tangan gali rakan tertimbus, info, terkini, berita, kemalangan


Mangsa warga tempatan berusia 42 tahun yang tertimbus sehingga paras pinggang sempat dibantu empat rakan lain.


Mereka kemudian mengorek timbunan tanah menggunakan tangan bagi mengeluarkan mangsa kedua yang tertimbus paras leher.

Usaha itu berhasil apabila lelaki Bangladesh itu berjaya ditarik keluar dari lubang itu walaupun mangsa mengalami sesak nafas.

Sumber : hmetro.com.my

0 Response to "Guna tangan gali rakan tertimbus"

Catat Ulasan