Luahan Hati Tauke Jambu 10 Tahun Tak Jumpa Anak-Anak

Seperti yang kita maklum, Tauke dari Kumpulan Jambu sering dikaitkan dengan ramai wanita cantik dan tidak kurang juga yang memanggil dirinya sebagai playboy kerana sering bertukar teman wanita. Namun rasanya ramai yang tidak tahu bahawa Tauke Jambu menanggung rindu dek sedekad kerana tidak berjumpa dengan anak anaknya.

Luahan Hati Tauke Jambu 10 Tahun Tak Jumpa Anak-Anak, info, terkini, hiburan, sensasi, Tauke Jambu,

Tauke akui sudah 10 tahun tidak berjumpa anak-anaknya – Bercakap kepada portal GUA, Tauke mengakui yang beliau sudah 10 tahun tidak berjumpa dengan tiga orang anak anaknya hasil perkahwinan pertama. Menurut Tauke, bukan dia tidak mahu berjumpa tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka kerana sudah lama terputus hubungan.

Menurut Tauke lagi, dia pernah terjumpa satu profile anaknya melalui Facebook namun beliau terus disekat selepas cuba menghubunginya. Dia sendiri tidak tahu apa sebabnya dia dihalang dari berjumpa dengan anak-anak.

“Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya. Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka. Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka dan berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti,” luah Tauke.

Fuh, kalau dah 10 tahun tak berjumpa tu memang parah. Kita yang sehari tinggal pun dah rindu semacam dah. Mungkin ada sesuatu berlaku antara Tauke dan bekas isterinya. Namun anak-anak itu tetap adalah anak kandungnya. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Tauke.


Sumber : ammboi.com

Related Posts :

0 Response to "Luahan Hati Tauke Jambu 10 Tahun Tak Jumpa Anak-Anak"

Catat Ulasan