Daley Blind berjaya menyelamat Manchester United daripada dimalukan West Bromwich Albion menerusi jaringan di akhir tempoh permainan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Awal pagi Selasa.
Jaringan pertama Blind sejak berhijrah dari Ajax pada Ogos itu hadir pada minit ke-87, ketika United ketinggalan 1-2 kepada skuad tuan rumah.
Dalam perlawanan persediaan Manchester United sebelum berhadapan pendahulu liga, Chelsea pada hujung minggu ini, kelab kendalian Louis van Gaal dikejutkan dengan jaringan awal pemain lawan, Stephane Sessegnon pada minit kelapan.

Jaringan yang mengembalikan kritikan terhadap kelemahan benteng pertahanan United itu kemudian kekal sehingga tamat babak pertama.
United yang mengunakan formasi 4-1-4-1 akhirnya mendapat gol penyamaan menerusi Marouane Fellaini selepas tiga minit babak kedua bermula.
Begitupun, keadaan kembali memberi tekanan kepada anak didik Van Gaal apabila Saido Berahino mmenghasilkan jaringan kedua.

Saido Berahino (kanan) ketika menjaringkan gol kedua.
Ketika perlawanan seakan berakhir dengan tiga mata penuh bakal menjadi milik West Brom, Blind membuktikan bisanya dengan menjaringkan gol kedua United.
Keputusan seri 2-2 itu meletakkan United di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris dengan 12 mata - iaitu dibelakang Liverpool.
Sumber : mstar.com.my
Sumber : mstar.com.my
0 Response to "Man United Nyaris Dimalukan West Brom"
Catat Ulasan