Bintulu - Rokok boleh membunuh, tak kira ianya rokok betul atau e-ciggarates.
Seorang pemandu lori yang berusia 53 tahun maut kerana rokok elektronik miliknya tiba-tiba meletup di pasar Bintulu Tamu semalam.
Sumber dari TheBorneoPost melaporkan, mangsa, yang dikenaili sebagai Lau, sedang berjalan ke arah kedai kopi bersama seorang rakan ketika kejadian berlaku.
Kejadian dipercayai berlaku kerana bateri rokok elektroniknya meletup kerana bateri itu tersembur keluar dari alat itu ketika kejadian berlaku.
Rakan Lau yang terkejut pada ketika itu cuba membantu Lau dan menjumpai satu lubang dengan kesan terbakar di dada Lau. Menurut rakannya itu, Lau tidak mati sejurus kejadian tapi sempat membuka mata ketika namanya dipanggil.
Bagaimanapun, dia percaya yang Lau terlebih dahulu tidak sedarkan diri sebelum maut.
Paramedik yang tiba di tempat kejadian apabila menerima panggilan dari orang awam mengesahkan yang Lau maut di tempat kejadian. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. -BorneoPost
0 Response to "MAUT AKIBAT ROKOK ELEKTRONIK MELETUP"
Catat Ulasan