Osman Ali Idamkan Dato' Siti Nurhaliza dan Anuar Zain?

Pengarah filem Osman Ali akui inginkan penyanyi hebat seperti Siti Nurhaliza dan Anuar Zain berduet untuk lagu tema filemnya yang akan datang.


Osman Ali Idamkan Dato' Siti Nurhaliza dan Anuar Zain?, info, terkini, hiburan, siti nurhaliza, anuar zain, osman ali



Ini adalah kerana, mereka mempunyai vokal dan penghayatan yang tinggi dalam menyanyikan lagu tema filem. Ia membuatkan para penonton ingin menonton filem tersebut dan menjadi 'trademark'.

"Memilih lagu tema filem yang bagus berserta dengan penyanyi yang mantap, ia adalah sebahagian daripada promosi filem. Lagu yang baik memberi impak kepada 'mood' filem itu sebelum ditayangkan," katanya kepada Murai.com.my

Menurutnya lagi, selain 2 nama besar itu, dia juga ingin bekerjasama dengan penyanyi lain seperti Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Indah AF.
"Nama-nama yang saya sebutkan itu, kebanyakkan telah menaikkan imej filem itu apabila menyanyikan lagu tema. Terutama Misha Omar yang nyanyikan lagu Pulangkan untuk filem Pontianak Harum Sundal Malam yang meraih pelbagai anugerah berprestij," katanya.

Perkembangan lain, Osman Ali sedang menunggu filemnya ditayangkan yang berjudul pilot cafe selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Antara pelakon yang membintangi filem itu ialah Keith Foo, Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak dan Eizlan Yusof.

Sumber : murai.com.my

0 Response to "Osman Ali Idamkan Dato' Siti Nurhaliza dan Anuar Zain?"

Catat Ulasan