PELAJAR UITM (25 TAHUN) BUNUH KEKASIH (44 TAHUN) DI KRISTAL HEIGHTS



SHAH ALAM - Seorang pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh teman wanitanya dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Fahmi Mohd. Hanafiah didakwa membunuh Haryati Harun (gambar kecil), 44, dengan menikam mangsa yang masih bujang di tangga tingkat 6, Blok A, Pangsapuri Kristal Heights pada pukul 2.10 pagi, 15 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Ke-seksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Begitupun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamaruddin.

Sebaliknya, Muhammad Fahmi yang diwakili peguam bela, S. Selvam mendakwa dia dikasari dan dipaksa memberi keterangan secara tidak rela oleh anggota polis sewaktu berada di dalam lokap sepanjang tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan kes tersebut. - KOSMO!

Related Posts :

0 Response to "PELAJAR UITM (25 TAHUN) BUNUH KEKASIH (44 TAHUN) DI KRISTAL HEIGHTS"

Catat Ulasan