Penyanyi Mira Tilu Tamat Pengajian Di Belgium

Pernah popular dengan lagu 'Ku Bukan Aku' sekitar tahun 2010, vokalis utama kumpulan Tilu iaitu Mira atau nama sebenarnya Noor Amirah bt Asraf menerusi akaun Facebook menyatakan dirinya telah tamat pengajian bagi peringkat Sarjana (Masters).

Penyanyi Mira Tilu Tamat Pengajian Di Belgium, kumpulan tilu, mira, info, terkini, hiburan,




Mira melanjutkan pelajaran selama setahun di Katholieke Universiteit Leuven (KU Leuven), Belgium dalam bidang Linguistik dan Sastera Bahasa Inggeris bermula pada bulan September 2013.

Ditanya bilakah majlis konvokesyennya akan diadakan, Mira menyatakan di Belgium ianya tidak seperti di Malaysia yang mana sambutan untuk majlis konvokesyen diadakan secara besar-besaran.


Penyanyi Mira Tilu Tamat Pengajian Di Belgium, kumpulan tilu, mira, info, terkini, hiburan,




"Disini majlis konvo macam minum-minum petang, semua pelajar berkumpul dan berjumpa secara santai tanpa ada majlis sambutan formal namun ianya masih meriah."

Mira yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui kumpulan Tilu masih aktif dengan aktiviti seni namun kini sedang berehat berikutan ketiadaan Mira di Malaysia.

"InsyaAllah, lepas Mira balik ke Malaysia nanti kami akan buat kemunculan semula dan beberapa perancangan telah dilakukan bermula bulan November atau Disember nanti seperti showcase dan gig."


"Kami akan mengekalkan genre lagu yang sama tetapi perlu disesuaikan dengan imej saya juga dan Tilu akan keluar dengan bahan-bahan baru mengikut arus semasa. Itu masih dalam perancangan lagi."

Mira yang mula mengenakan tudung sepenuhnya pada awal Januari yang lalu dan ketika dihubungi Media Hiburan Online menerusi aplikasi Whatsapp, Mira kini sedang bercuti di sekitar Paris sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 6 Oktober ini dengan ditemani bapanya.





Penyanyi Mira Tilu Tamat Pengajian Di Belgium, kumpulan tilu, mira, info, terkini, hiburan,


Penyanyi Mira Tilu Tamat Pengajian Di Belgium, kumpulan tilu, mira, info, terkini, hiburan,


Penyanyi Mira Tilu Tamat Pengajian Di Belgium, kumpulan tilu, mira, info, terkini, hiburan,




Sumber : mediahiburan.karangkraf.com

0 Response to "Penyanyi Mira Tilu Tamat Pengajian Di Belgium"

Catat Ulasan