Punca Aril AF7 Berhenti Jadi DJ Era Fm

Selepas dua tahun menjadi penyampai radio Era FM, semalam bekas peserta bintang Akademi Fantasia musim ketujuh, Aril AF7 mengumumkan yang dia akan menamatkan perkhidmatannya di stesen radio nombor satu negara tersebut.

Punca Aril AF7 Berhenti Jadi DJ Era Fm, info, terkini, hiburan, Aril AF7, sensasi, gosip, kontroversi,


Punca sebenar Aril AF7 berhenti jadi dj radio Era FM? Hal itu dinyatakan sendiri oleh Aril menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. Menerusi laporan portal hiburan Media Hiburan Aril juga telah menjelaskan punca dia berhenti dan memperbetulkan tanggapan ramai yang mendakwa Aril telah disingkirkan stesen radio berkenaan.

“Saya tidak ke mana-mana. Cuma, selepas ini saya mahu kembali fokus kepada bidang pengacaraan dan nyanyian. Tambahan pula, album saya akan berada di pasaran pada bulan ini. Kontrak saya bersama Era FM tamat pada 30 September 2014 dan saya mengambil keputusan untuk tidak menyambungnya selepas dua tahun bersama mereka. Banyak yang saya belajar sepanjang menjadi penyampai radio.”

Sebelum ini juga Aril pernah menyatakan hal sama dan menolak spekulasi yang dia disingkirkan. Dalam pada itu, Aril juga masih menimbang keputusan sama ada mahu mengikut isterinya yang bertugas di Arab Saudi sebagai pramugara di syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines.

“Itu saya tidak boleh komen banyak. Dalam fikiran ada juga memikirkan hal itu,” ujarnya ringkas.


Sumber : ammboi.com

0 Response to "Punca Aril AF7 Berhenti Jadi DJ Era Fm"

Catat Ulasan