
Punca Mimi One Nation Emcees masuk hospital – Menurut pengurus kumpulan itu lagi, keadaan Mimi agak teruk juga ketika jatuh sakit itu. Nasib baik dia ditemani rakan-rakannya di sana yang sedia membantu. Namun setelah Mimi semakin pulih, mereka pun pulang pada 27 Oktober lalu.

Katanya lagi, dia tidak pasti apa yang dimakan oleh Mimi sehingga boleh jatuh sakit dek kerana keracuanan makanan. Khabarnya Mimi jatuh sakit selepas mengunjungi Tangkuban Perahu, Bandung. Mungkin tidak biasa dengan makanan mereka di sana kot.

Difahamkan Mimi berada di sana selepas mereka selesai menjalani penggambaran klip video untuk single terbaru One Nation Emcees yang berjudul Hoi Ya Hoi. Tak mengapalah, apa-apa pun kini dengarnya Mimi semakin pulih dan sudah berada di Malaysia.
Sumber asal: Murai.com.my
0 Response to "Punca Mimi One Nation Emcees Masuk Hospital"
Catat Ulasan