Video Jaringan Gol Bertaraf Dunia Jep Sepahtu Jadi Viral

Sedia maklum Superlawak FC kini dalam siri jelajah bermula dari 27 September 2014 sehingga 26 Oktober 2014 di mana mereka beraksi menentang bekas pemain bolasepak negeri-negeri yang terpilih dan juga selebriti tempatan. 


Terbaru, perlawanan antara Superlawak FC dan MB Perak pada hari Ahad yang lalu di Stadium Ipoh, Perak menjadi tumpuan apabila video jaringan yang dihasilkan oleh Jep Sepahtu menjadi viral di media sosial. 

Video Jaringan Gol Bertaraf Dunia Jep Sepahtu Jadi Viral, jep sepahtu, pelawak, info, terkini, hiburan, sensasi,


Walaupun tewas 4-1 kepada MB Perak, namun tendangan percuma yang dilakukan oleh Jep sudah cukup membuktikan pelawak kelahiran Kulai, Johor ini mampu membuat jaringan ‘world class’ setanding dengan pemain bola sepak profesional di liga-liga utama dunia. 

Antara selebriti yang terlibat Dato’ AC Mizal, Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Rahim Sepahtu, Fad Bocey, Achey Bocey, Ajak Shiro, Johan Era Radio, Emal School of Lawak, Jali School Of Lawak, Along Cham, Atu Raja Lawak, Akim AF dan Zainal Abidin Hassan (Bekas Pemain Pahang). 

Superlawak FC amat bertuah kerana mendapat sokongan dari Sinar FM sebagai radio rasmi dan Berita Harian sebagai surat khabar rasmi siri jelajah ini. Siri jelajah Superlawak FC 2014 akan diteruskan pada 26 Oktober bertempat di Stadium Negeri, Kucing. Jom tonton video gol cantik yang dihasilkan Jep tempoh hari dibawah: 









#superlawakfc 1 #lagendaperak 4 misi 3mata akan diteruskan di Stadium Kuching 26 oktober ini..
A video posted by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on



 Sumber : ammboi.com

0 Response to "Video Jaringan Gol Bertaraf Dunia Jep Sepahtu Jadi Viral"

Catat Ulasan