Wanita Tinggal Di KFC Selama Seminggu Kerana Putus Cinta!

Kekecewaan ditinggalkan kekasih hati sememangnya pedih dan perit bagi yang pernah mengalami hingga boleh mendatangkan kemurungan berhari-hari lamanya.


Wanita Tinggal Di KFC Selama Seminggu Kerana Putus Cinta!, info, terkini, berita, sensasi,



Ini yang dirasai oleh seorang wanita dari Chengdu, China dengan mengambil keputusan ‘pelik’ untuk tinggal di sebuah restoran terkenal segera, KFC selama seminggu selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya.

Tan Shen, 26, yang berada dalam keadaan murung selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya keluar untuk mencari makanan bagi mengubati kesedihannya.


Wanita Tinggal Di KFC Selama Seminggu Kerana Putus Cinta!, info, terkini, berita, sensasi,



Dek kerana memerlukan ‘masa untuk berfikir’ akan kehidupannya, wanita tersebut akhirnya membuat keputusan untuk tinggal di KFC.

Kata Tan, dia tidak mahu pulang ke rumahnya gara-gara rumah itu penuh dengan kenangan dan memori manis bersama bekas teman lelakinya itu.


Wanita Tinggal Di KFC Selama Seminggu Kerana Putus Cinta!, info, terkini, berita, sensasi,



Seorang pekerja KFC, Jiang Li Lung, 22 yang perasaan kehadiran wanita di premis makanan 24 jam ini sempat menyoal sama ada Tan memerlukan sebarang bantuan. Namun Tan hanya menjawab dia perlukan masa dan akan memesan ayam dan kentang goreng setiap hari.


Wanita Tinggal Di KFC Selama Seminggu Kerana Putus Cinta!, info, terkini, berita, sensasi,



Akhirnya Tan yang bosan memakan ayam setiap hari selama seminggu membuat keputusan untuk pulang ke rumah dan segera berjumpa ibu bapanya.

Nampaknya Tan berusaha melupakan kesedihannya, baguslah Tan usah dikenang-kenang lagi yer!

Sumber : mynewshub.cc

0 Response to "Wanita Tinggal Di KFC Selama Seminggu Kerana Putus Cinta!"

Catat Ulasan