Tapi, tak sangka sekeping foto yang dimuat naik oleh Che Ta di laman Instagramnya malam semalam membuatkan kami terkesima. Iyalah, daripada biasa tengok Zain elok berambut, tiba-tiba sahaja muncul dengan imej terbaru.
Kapsyen yang disertakan Che Ta iaitu ‘So good looking daddy to be’ secara tak langsung membuatkan ramai peminat menganggap imej terbaru suaminya itu berkait rapat dengan kelahiran anak sulung mereka yang bakal melihat dunia tak lama lagi.

Che Ta dijangka bersalin bila-bila masa sahaja. Kami excited!
Dalam masa yang sama, tindakan Zain membotakkan kepalanya sekaligus menghapuskan kontroversi rambut blonde yang pernah diterimanya beberapa bulan lalu kerana menjalani penggambaran Oh, My English! So, bila rancangan OME! dah habis, maka hilanglah jua rambut perang Zain.
.jpg)
Walaupun Zain nampak garang dan agak berbeza, tapi ramai juga yang puji dengan mengatakan imej sebegini lebih sesuai dengan status bapa yang bakal digalasnya nanti. Nampak lebih maskulin gitu.
Apapun, eloklah kita biarkan segala kontroversi mengenai pasangan ini dan keluarga mereka lenyap seketika. Kesian Che Ta, mesti dia nak menghadapi proses bersalin dengan aman, kan? Kita doakan yang terbaik je lah, okay!
Sumber : ohbulan.com

0 Response to "Zain Saidin Cukur Kepala Botak Sebelum Jadi Daddy"
Catat Ulasan