Zizan Akhirnya Bersuara Punca Virus Ditubuhkan

Sebelum ini kita sudah baca penjelasan Johan mengenai hubungannya dengan Zizan dan khabar terkini mengenai kumpulan mereka, Jozan. Hari ini, Zizan akhirnya bersuara setelah isu membabitkan Jozan berpecah masih belum reda dan ada gosip liar mengatakan dia dan Johan sudah tidak sebulu.


Zizan Akhirnya Bersuara Punca Virus Ditubuhkan, info, terkini, hiburan, zizan, virus, sensasi,


Zizan dedah punca tubuhkan Virus bersama Jambu – Menerusi laporan Murai, pelakon, pelawak dan pengacara Akademi Fantasia 2014, Zizan Razak menjelaskan dia seikhlas hatinya menawarkan diri untuk menyertai kumpulan Virus untuk Maharaja Lawak Mega 2014 bersama dua pelawak iaitu Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu.

“Saya ditanya oleh pihak pengurusan Astro Talent, adakah berminat untuk menyertai MLM2014? Saya kata okay, dan saya mahu kumpulan Jozan lah. Namun Johan tidak dapat menyertai kali ini atas sebab-sebab tertentu tetapi apabila Yus dan Tauke mengajak saya sertai kumpulannya untuk MLM, saya rasa ini peluang terbaik kerana tidak pernah lagi saya melawak secara trio,” kata Zizan Razak.

Menurut Zizan lagi, Yus dan Tauke telah banyak kali melamar dirinya untuk sertai kumpulan Virus. Setelah Johan berkeputusan tidak mahu menyertai MLM kali ini, dia setuju untuk bekerjasama dengan Virus.

“Jangan samakan Jozan dan Virus, ia adalah 2 kumpulan yang berbeza untuk berlawak. Saya yakin ‘chemistry’ antara kami bertiga mampu memberi persembahan yang terbaik dan menghiburkan. Berlawak secara trio adalah perkara baru, sebelum ini saya pernah buat secara solo dan berdua. Tidak salah untuk saya mencuba demi mempertingkatkan lagi mutu lawak saya,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan berkata dia tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk MLM kali ini untuk bergelar juara. Niatnya adalah untuk membuat lawak dan menghiburkan penonton yang setia menyokong MLM.



Sumber : ammboi.com

Related Posts :

0 Response to "Zizan Akhirnya Bersuara Punca Virus Ditubuhkan"

Catat Ulasan