Anak Sulung Zinedine Zidane Wakili Real Madrid
ANAK sulung lagenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane iaitu Enzo Zidane atau namanya Enzo Fernández membuat penampilan sulung untuk skuad Real Madrid B ketika pasukan itu menewaskan Conquense 2-1 pada Ahad.
Dalam perlawanan itu, Zinedine Zidane yang merupakan penolong jurlatih bagi skuad Real Castilla dilihat memberi arahan dari tepi padang sepanjang perlawanan berlangsung.
Enzo Zidane, 19, yang dimasukkan ketika perlawanan berbaki dua minit gagal menjaringkan gol, tetapi pemain itu berjaya menghasilkan gerakan menarik seperti bapanya.
Pemain tengah itu dijangka diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika skuad tersebut berdepan Segunda B pada minggu depan.
0 Response to "Anak sulung Zinedine Zidane iaitu Enzo Zidane wakili Real Madrid"
Catat Ulasan