Apa Dah Jadi.. Dua Kereta Kantoi Punya No Plat Sama!!

Apakah perasaan anda jika menemui sebuah lagi kereta yang bukan sahaja sama model dengan kereta anda malah menggunakan nombor plat sama?
Itulah yang terjadi kepada dua pemilik kereta jenis Volkswagon apabila mendapati kereta mereka menggunakan nombor pendaftaran yang sama.
Kejadian difahamkan berlaku di Taman Melati, Gombak melibatkan kereta dengan nombor pendaftaran AJK 8033.

PlatSama_2

Kini gambar kejadian tersebut telah tersebar luas di internet, memaparkan dua kereta terbabit diletakkan sebelah menyebelah dengan beberapa anggota polis dilihat berada di kawasan kejadian.
Kebanyakan berpendapat, kes begini berlaku disebabkan salah sebuah kereta didaftarkan dengan cara yang tidak betul dan menggunakan nombor plat kereta yang sebuah lagi.
Menurut saksi kejadian, individu yang memandu kereta terbabit turut terpinga-pinga dan kelihatan cuba menelefon seseorang bagi mengenalpasti punca perkara ini terjadi.

via- MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Apa Dah Jadi.. Dua Kereta Kantoi Punya No Plat Sama!!"

Catat Ulasan