Berita Palsu Biskut Munchy’s Tidak Halal Mengandungi Arak


Berita palsu biskut jenama Munchy’s tidak halal dan mengandungi arak. Menerusi applikasi laman sosial Whatsapp, kini tersebarnya dakwaan bahawa biskut jenama terkenal Munchy’s dikatakan mengandungi arak. 


Tambah laporan khabar angin itu lagi, kononnya kilang Munchy’s di Batu Pahat telah diserbu oleh pihak JAKIM dan menemui beberapa stor atau gudang alkohol yang dipercayai salah satu ramuan utama untuk pengeluaran biskut terbabit. 

Pihak JAKIM menerusi laman sosial pada 16 November 2014 menafikan dakwaan laporan palsu tersebut dan menegaskan syarikat Munchy’s adalah pemegang Sijil Halal yang sah. Pengguna turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan khabar angin itu kerana boleh menimbulan suasana panik dan huru-hara.


Kenyataan Rasmi JAKIM Isu Biskut Munchy’s Tidak Halal Mengandungi Arak





Sumber

Related Posts :

0 Response to "Berita Palsu Biskut Munchy’s Tidak Halal Mengandungi Arak"

Catat Ulasan