Gambar Najib & Rosmah Naik Kapcai Hijau Viral

Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat menjadi pengguna bijak bagi menangani isu harga barangan mahal setiap kali berlaku kenaikan harga minyak, kesan dari penghapusan subsidi RON95 dan diesel.

Menurutnya, Kerajaan sentiasa berusaha membendung pola berkenaan dengan menyediakan alternatif bagi rakyat memperoleh barangan keperluan.

Najib memberi jaminan, sekiranya harga minyak dunia melambung naik dan rakyat menerima tekanan, kerajaan akan membantu tanpa berbelah bagi.


Mengenai penghapusan subsidi minyak, Najib menjelaskan kerajaan mahu memindahkannya kepada bentuk penjimatan yang lebih menguntungkan supaya peruntukan lain dapat ditambah seperti bidang sosia ekonomi negara.

Jumaat yang lalu, kerajaan mengumumkan tiada lagi subsidi bagi petrol RON95 dan diesel berikutan penetapan harga runcit mengikut kaedah pengapungan terkawal memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.


Sumber

0 Response to "Gambar Najib & Rosmah Naik Kapcai Hijau Viral"

Catat Ulasan