Kuala Lumpur: Remuk, hancur luluh hati seorang isteri apabila terjumpa video aksi #lu-cah dan hubungan #se-ks suaminya bersama beberapa wanita lain yang disembunyikan dalam laptop.
Wanita berusia 24 tahun itu terjumpa rakaman video itu secara tidak sengaja ketika sedang mengemas rumah mereka di Salak Selatan.

Dalam penemuan yang berlaku pada jam 12 tengah hari, mangsa terjumpa laptop suaminya yang masih belum ditutup. Mangsa kemudiannya cuba menutup laptop itu, namun terkejut apabila terjumpa satu fail video yang mencurigakan.
Sebaik saja dibuka, mangsa terkejut melihat video itu mengandungi rakaman video suaminya sedang melakukan hubungan #se-ks dengan wanita yang tidak dikenali.
Sedih dengan penemuan itu, mangsa kemudian meminta penjelasan terhadap video panas itu.
Bagaimanapun, suami mangsa naik angin dan mengarahkan mangsa tidak mencampuri urusannya.
Namun, pertengkaran berlaku menyebabkan lelaki itu mengamuk dan menampar pipi isterinya. Tidak cukup dengan itu, dia juga menumbuk muka mangsa berulang kali sehingga bibir mangsa pecah.
Suspek kemudian terus beredar dan tidak mempedulikan mangsa.
Bimbang kejadian yang sama berulang, mangsa segera membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan selanjutnya.
via - MyHub
0 Response to "Hancur Hati Isteri Terjumpa Video Intim Suami Bersama Wanita Lain Dalam Laptop"
Catat Ulasan