
PERHATIAN
kepada semua yang mempunyai akaun KWSP! Kebanyakkan dari kita apabila mula
bekerja di mohon supaya mengisi borang KWSP. Tetapi tahu kah kita apa baiknya
untuk kita. Disini ingin dimaklumkan kepada semua ahli KWSP bahawa Bantuan
Kematian sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris ahli sebagai tanda simpati
bagi meringankan beban kewangan mereka. Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya
sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Warganegara
Malaysia.
Ahli
belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.
Permohonan
Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran
Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris
Kebanyakan
rakyat Malaysia tidak tahu akan perkara ini. Ini mungkin kerana KWSP tidak
pernah memberitahu kepada UMUM. Namun kepada mereka yang banyak membaca dan
mengambil tahu, pasti akan tahu wujudnya pembahagian ini. Walau bagaimana pun
pasti ada yang TIDAK TAHU. Maka ini untuk semua ya. Maka setelah mengetahui
maklumat ini, mohon sebarkan kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja
dan jiran tertangga, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa
untuk memberitahu mereka untuk menuntut RM2500 apabila salah seorang dari
keluarga mereka meninggal dunia kerana KWSP akan membayar RM2500 itu atas dasar
ehsan.
sumber dan maklumat lanjut :
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/207297/borang_kematian_-_utama__mei_2012_.pdf
0 Response to "[INFO] Bantuan RM2500 Dari KWSP Yang Tidak Diketahui Oleh Orang Ramai!"
Catat Ulasan