Isteri Ghaib, Suami Mangsa MH370 Terpaksa Kahwin Di Luar Negara

Isteri Ghaib, Suami Mangsa MH370 Terpaksa Kahwin Di Luar Negara

Suami kepada seorang wanita yang menjadi mangsa pesawat MH370 terpaksa bernikah di negara jiran sebelum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini.
Pasangan ini juga mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana mengamalkan poligami tanpa kebenaran kerana isteri barunya bermadukan seseorang yang tidak diketahui statusnya sama ada meninggal dunia atau ghaib.
Suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November.
Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua.
“Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami,” katanya.

“Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu,” tambahnya lagi.
sumber

0 Response to "Isteri Ghaib, Suami Mangsa MH370 Terpaksa Kahwin Di Luar Negara"

Catat Ulasan