Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan lakaran
yang terdapat di kaki kanannya hanyalah sekadar lukisan yang dilakukan secara
suka-suka dan ia tidak kekal lama.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor
Azraff, 25, berkata, lukisan itu dibuat oleh seorang rakannya yang pandai
melukis dan menjalankan perniagaan lukisan inai.

Kaka diminta mengulas tentang gambar lukisan di
kaki yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Rabu.
Gambar tersebut telah menerima kecaman daripada
pengikut-pengikut Instagram yang menyangka ia sebagai lukisan tatu yang
kekal.
Manakala, ada beberapa pengikut yang menganggap lakaran tersebut tidak sesuai dimuat naik kerana menyerupai lambang sebuah agama.
Dalam pada itu, Kaka turut menafikan lukisan kompas itu ada kaitan dengan agama yang dimaksudkan.

Sementara itu, Kaka
berkata, dia sudah menjelaskan perkara tersebut di ruang komen pada gambar yang
dimuat naik itu bagi mengurangkan perbalahan sesama
pengikutnya.
Sumber : kamithemedia.blogspot.com
0 Response to "Kaka Azraff Ada Tatu Di Kaki?"
Catat Ulasan