Malah dalam gosip di sebuah akhbar baru-baru ini turut menyebut, ada pihak yang berpendapat, peminat Malaysia tidak perlu lagi menyanjung Krisdayanti gara-gara dia pernah mempunyai kontroversi dan sejarah hitam sikit masa dulu.

Bagaimanapun, Krisdayanti yang diajukan soalan tersebut berkata, dia ada mendengar gosip itu tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengadakan konsert di negara ini.
"Iya, saya ada dengar tentang perkara itu. Tidak semua orang suka dengan kita, kan. Sama juga seperti, ada orang anti Indonesia, ada orang anti Malaysia.
"Tapi bagi saya, kritikan sebegitu hanya sebahagian kecil dan saya berfikiran positif. Kalau mungkin disebabkan keterbukaan saya sehingga menyebabkan tercetusnya kontroversi-kontroversi itu, bagi saya, saya hanya jadi diri sendiri. Saya hanya wanita biasa... sama seperti wanita dan ibu-ibu lain.
"Kalau mungkin pihak tersebut mengambil kesempatan atas keterbukaan saya, saya tidak marah, tidak sedih bahkan tidak ambil hati bila dikecam sebegitu. Cuma orang yang menulis itu bagi saya dia tidak profesional kerana dia menulis menggunakan nama samaran", ujarnya dipetik sebagai berkata pada sidang media kedua konsertnya itu di hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Sumber : myartis.com
0 Response to "Kecam dan Boikot Konsert Krisdayanti?"
Catat Ulasan