
Telah terjadi
hal yang sangat aneh di Kuwait. Seperti sebuah cerita rekaan, tapi benar-benar
terjadi.
Dua orang anak perempuan
tidak mengetahui bahawa ibu mereka telah meninggal dunia 8 bulan yang lalu.
Padahal mereka hidup dalam flat yang sama.Baru diketahui setelah tubuh ibu
mereka mengurai dan hanya tinggal baju dan tulang dibalut baju. Seperti
diberitakan Today ‘s Opinion,
Akhbar Kuwait, Al-Wathan, mengkhabarkan
bahawa hasil bedah siasat menunjukkan ibu tua itu meninggal 8 bulan yang lalu.
Sedangkan perisikan menyatakan tidak ada unsur jenayah pembunuhan dilakukan oleh
kedua-dua anak perempuannya.
Kedua anak telah diperiksa dan terbukti
tidak mengetahui perihal kesihatan ibu mereka sejak beberapa bulan sebelumnya,
walaupun mereka berdua tinggal bersama ibu mereka. Hal itu menurut pengakuan
mereka, kerana mereka sibuk dengan pekerjaan harian memandangkan mereka termasuk
keluarga yang kurang mampu.
Hal itu membuat mereka tidak terfikir untuk
mengetahui keadaan ibunya yang terbaring di bilik sebelah. Mereka biasa keluar
rumah di pagi hari, dan pulang di malam hari.
Mereka kira ibu mereka
keluar bilik setiap hari untuk makan, minum dan sebagainya selepas pemergian
mereka. Lalu masuk ke bilik lagi untuk kembali tidur seperti
biasanya.
Terkuaknya peristiwa tragis ini berawal saat salah seorang
anaknya yang lain dan telah lama terbaring di rumah sakit, ingin dan meminta
bertemu dengan ibunya.
Oleh kerana itu, dia dibawa ke rumahnya. Setelah
masuk bilik barulah diketahui bahawa ibunya sudah meninggal dan hanya tinggal
tulang yang tertutup bajunya
0 Response to "Kisah Anak Paling Derhaka -Tak Tahu Ibu Sudah 8 Bulan Meninggal Walaupun Tinggal Satu Rumah"
Catat Ulasan