Susulan dari kes seorang ibu korbankan nyawa sendiri, tolak anak ke bahu jalan dan membiarkan dirinya dirempuh motosikal, ramai yang menunding jari ke rider tersebut.
Penunggang motosikal terbabit yang juga seorang pelajar sekolah menengah menerima pelbagai respon negatif dari netizen yang mengandaikannya menunggang motosikal dengan laju, merempit, memecut dan pelbagai lagi sumpah seranah yang dilemparkan.
“Kes yang excident pagi tadi, saya ada. Jangan salah faham, sahabat saya, Nabil, bawa motor slow je. Jangan fikir semua anak muda bawa motor laju. Bila excident je dengan motor, mesti tuduh bawak laju. Saksi kejadian kan ada,” jelas Zaini Dahlan.
Saksi kejadian, Muhammad Hanafi menyatakan wanita tersebut dan anaknya melintas jalan di celah-celah kereta tanpa menyedari kehadiran motor pelajar terbabit.
Terkejut dengan tindakan wanita dan anaknya melintas di hadapan secara tiba-tiba, pelajar terbabit terkejut lalu hilang kawalan.
Pelajar tingkatan 4 Sekolah Tengku Bariah pada ketika itu menunggang motosikal dengan kelajuan yang pelahan. Akibatnya, wanita itu jatuh dan terhentak kepala di atas jalan. Mangsa mengalami kecederaan dalam kepala sehingga darah keluar dari hidung dan telinga.
Adalah menjadi rutin harian mangsa bersama suaminya pergi makan roti canai di kedai Saleh di Pasir Panjang.
Suami mangsa sudah melintas jalan tetapi mangsa tidak sempat dan tertinggal di tengah jalan. Mangsa cuba melintas jalan secara tiba-tiba namun dirempuh oleh motosikal pelajar terbabit yang tidak sempat mengelak dan hilang kawalan.
Pendedahannya itu bukan mahu menyalahkan mangsa atau sesiapa, sememangnya ramai orang yang melintas jalan di jalan berkenaan berikutan jejantas yang disediakan agak terlalu jauh.
0 Response to "Kisah Sebenar Kes Ibu Korbankan Diri, Selamatkan Anak Dari Dirempuh Motosikal"
Catat Ulasan