SEREMBAN: Sebanyak 48 buah kenderaan akan dilelong oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di cawangan Jempol pada minggu hadapan.
Menurut pengarahnya Saiful Azzri Hamzah, lelongan tersebut akan dibuat pada hari Rabu bermula pada pukul 9 pagi dan melibatkat sebanyak empat buah kereta dan 44 motosikal.
Selain itu beliau juga berkata orang ramai boleh menbeli dokumen lelongan yang berharga RM50.00 yang akan dijual pada 24 dan 25 november ini di JPJ Negeri Sembilan.
Bagi pembida yang berjaya dalam lelongan tersebut pelu membayar harga penuh lelongan itu yang bernilai kurang daripada RM1,000 manakala bagi yang bernilai RM1,000 keatas perlu membayar sebanyak 25% daripada harga bidaan dan bagi 75% boleh dibawah dalam tempoh tujuh tahun selepas bidaan.
0 Response to "Lelong Kenderaan Di JPJ Jempol Pada 26 Nov"
Catat Ulasan