3 Bulan Lepas Damia ‘Pergi’, Ayah Cerita Kisah Sedih Otak Damia Terkeluar Didera Pengasuh. Tatkala umat Islam masih
dalam keriangan menyambut Aidilfitri, seorang bayi perempuan koma setelah
menjadi mangsa tindakan pengasuh seperti didakwa ibu bapanya.
Ayah kepada anak malang
ini, Mohd Naqudden Zakaria tabah menghadapi ujian Allah ini. Tiada lagi titisan
air mata membasahi pipi kerana mereka redha dan ketentuan-Nya.
“Masih terbayang keletah
Mia. Biasanya apabila saya balik sahaja kerja, Mia merangkak menuju ke muka
pintu menyambut saya. Tengok sahaja permainan Mia, katil Mia, saya mula berasa
sedih. Tetapi selama mana saya harus bersedih. Mia telah tiada lagi dalam hidup
kami,”; kata bapa muda ini.
Akui Ani pula, dia tetap
berasa ralat. Andai anaknya itu sakit, dia masih berkesempatan untuk menjaganya.
Berbeza pula dengan situasi yang dialaminya.
Anak yang ditinggalkan
sihat sebelum dia ke tempat kerja, diterimanya pula dalam keadaan yang berbeza.
Sungguh hatinya pilu mengenang kejadian yang menimpa satu-satunya permata
hatinya itu, apatah lagi bayinya itu baru tiga bulan di bawah jagaan
pengasuh.
“Daripada lahir hingga
usianya 11 bulan, saya yang menjaga Mia. Setelah melahirkannya, saya membuat
keputusan tidak bekerja kerana mahu menjaga sendiri Mia, apatah lagi terlalu
banyak berita kematian bayi seperti tersedak susu akibat kecuaian pengasuh atau
didera.
“Namun apabila saya
membuat keputusan mula bekerja kerana perbelanjaan keluarga yang semakin
bertambah, kejadian yang saya takutkan itu benar-benar terjadi kepada saya. Ya
Allah… hanya itu yang dapat saya luahkan,” ujar Ani sayu.
Menceritakan kejadian yang
berlaku pada 7 Ogos itu, ujar Ani, sudah menjadi kelaziman suaminya menghantar
Damia ke rumah pengasuh pada jam 10.30 pagi. Begitu juga pada hari
tersebut.
“Waktu bekerja saya tamat
pada jam tujuh petang. Biasanya lebih kurang 10 minit kemudiannya, barulah saya
mengambil Mia. Tetapi pada hari itu, ketika saya sedang bersiap sedia untuk
pulang, pengasuh menelefon memberitahu anak saya jatuh kerusi ketika
tidur.
“Saya bertanya kepadanya
sama ada Mia menangis dan dia mengatakan Mia menangis sekejap iaitu setelah
terjatuh. Kebetulan suami belum datang menjemput saya dan saya terus
menelefonnya untuk terus ke rumah pengasuh di tingkat 17,”
ceritanya.
Sambung Naqudden yang
lebih senang dipanggil Joe, sebaik tiba di rumah pengasuh, pengasuh tersebut
menyuruhnya membawa Damia ke hospital. Melihat keadaan anaknya yang lemah, Joe
meminta jiran sebelah rumahnya yang dikenali sebagai Cik Nab untuk memegang
Damia sementara dia memandu.
“Ketika itu bunyi
pernafasan Mia keruh, matanya terbeliak, tubuhnya lembik dan kebiruan. Saya
dapat rasakan kakinya sejuk.
“Selesai pemeriksaan,
doktor memberitahu terdapat darah beku di kepala Mia. Doktor bertanya punca dan
setelah diberitahu perkara yang berlaku, doktor mahu berjumpa pengasuh. Saya
minta adik ipar mengambil pengasuh. Ketika bertemu dia langsung tidak bercakap
dengan kami selain hanya meminta maaf. Saya membuat laporan polis dan pada jam
11 malam, pembedahan segera dilakukan,” kata Joe lagi.
Lebih dua jam menanti,
ujar Joe, doktor memaklumkan bahawa terdapat kesan retakan panjang pada
tempurung kepala dan berlaku pendarahan pada otak. Kesannya seperti dilanggar
kereta. Pembedahan itu dianggap gagal kerana tidak ada apa-apa yang boleh
dilakukan doktor. Otak Mia telah mati separuh dan Mia koma.
“Doktor kata Mia
bergantung sepenuhnya kepada mesin hayat. Saya memang tidak dapat terima apa
yang berlaku kepada Mia dan saya asyik menangis sahaja sehingga kerap diberi
kaunseling.
“Keluarga meminta saya
redha. Susahnya untuk saya berhenti bersedih kerana setiap kali memandang wajah
Mia, sayu rasa hati saya.
“Pada hari kelima, otak
Mia sudah terkeluar. Sehinggalah pada hari keenam Mia koma, doktor mencadangkan
agar mesin dibuka kerana otak Mia telah mati sepenuhnya.
“Saya pangku Mia, saya
mengucap kalimah syahadah di telinga dan meminta maaf kepadanya. Mia telah pergi
buat selama-lamanya dalam hidup saya dan suami.
“Waktu itu barulah saya
dan suami sedar sikap Mia yang begitu berbeza pada malam Khamis
itu.
Adik ipar saya sendiri
hairan dengan sikap Mia yang berlainan dan kerap kali memandangnya dengan muka
yang sedih. Sedangkan selama ini dia suka bermain dengan pakciknya
itu.
“Ketika hendak tidur pula
Mia mahu baring di atas lengan saya. Dia gelisah. Dia juga menarik baju saya
hingga tidak mahu melepaskan.
“Kami berdua layankan
sahaja kehendaknya walaupun timbul rasa pelik dengan sikapnya yang sangat manja.
Rupa-rupanya itulah petanda dia mahu pergi jauh daripada kami,” katanya dalam
nada suara yang lemah,” ceritanya.
sumber
0 Response to "Lepas 3 Bulan Damia ‘Pergi’, Baru Tahu Otak Damia Terkeluar Didera Pengasuh"
Catat Ulasan