
Sebagai ibu, sememangnya sedih mata memandang apabila anak kesayangan dipukul, dibelasah dan dicederakan oleh orang lain. Biarpun si anak melakukan kesilapan yang besar, namun si ibu sentiasa bersabar dengan karenah anak-anaknya.
Susulan dari penyebaran dua video kes buli pelajar di asrama sekolah, Wardina Safiyyah, meluahkan pandangannya di Facebook Wardina Safiyyah Official Page.
Wardina turut menyatakan, filem-filem gangster yang ditayangkan di negara ini juga adalah antara faktor-faktor yang memberikan 'inspirasi' kepada anak-anak melayu untuk membuli dan bertindak ala gangster.
Menurutnya, filem² seperti itu hanya akan menyemarakkan sifat agresif anak-anak melayu. Dalam masa yang sama, beliau juga turut menasihatkan pembuat² filem jangan terlalu mementingkan keuntungan semata-mata tetapi tidak memikirkan kesan dan akibatnya dari filem gangster yang diterbitkan.
Baca luahan pendapat Wardina di bawah:
Nota penting * Filem bukan sebab tetapi salah satu faktor menyemarakkan sikap agresif. Film is NOT a cause but a factor* Sekali lagi saya ulang film is NOT a cause but plays a part****** Kajian lebih berat dan menunjukkan sikap agresif bermula di rumah akibat pembesaran yang tidak sempurna seperti dipukul dan dikasari dibrumah oleh ibu bapa*
TETAPI kepada pembuat filem gangster ambil lah SEDIKIT tanggungjawab kerana memberi "inspirasi" anak-anak MELAYU untuk membuli dan bertindak ala gangster.
JANGAN SEMARAKKAN SIFAT AGRESIF
Ambillah peluang MENDIDIK masyarakat. Media memainkan peranan. Semua kita patut mainkan peranan bersama. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahukan keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan?
Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Tapi fikir lah sikit kesan pada MINDA nak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada "pengajaran" di hujung cerita? Realitinya tidak ada yang belajar dari penghujung cerita anda...yang kadang kala saya rasakan cuma diletakkan supaya tidaklah rasa 'bersalah sangat'.
Adalah alasan sebagai jawapan apabila ada yang bertanya kelak. Budak-budak ini, anak muda kita ini, cuma ingat sikap ala samseng dan gangster yang kononnya "hebat" dan "cool" itu ...aduh...dilakonkan pula oleh artis pujaan dan ternama. Anak muda mahu jadi seperti mereka. Bila ada peluang..nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Jangan buat2 tak tahu.
Marilah buat filem yang boleh memberi inspirasi. Yang menaikkan semangat dan jati diri. Yang mengajar empati dan realiti dunia global kini. Bagaimana? Itu kerja anda kerana anda bekerja di dalam industri kreatif maka seharusnya anda kreatif dalam mencari jalan. Moga keuntungan bukanlah agenda mutlak anda semua. Kajian psikologi menunjukkan terdapat kesan melalui pengaruh media terhadap tahap keganasan seseorang.
Kepada semua pemimpin baik bapa, ketua atau mereka yang berkuasa yang terus "membuli" mereka 'dibawah' ini.. nah inilah hasilnya. Terima kasih. Tapi carilah sekelumit rasa dalam hati untuk mengasihi anak bangsa sendiri.
Dan bagi mereka yang merasa bahagia melihat kesengsaraan orang lain baik di alam nyata atau sebaliknya. Yang penuh dengan cacian, nista dan hina dialam maya. Apa bezanya?
Kepada warden dan guru di asrama. Ini amanah dan taggungjawab anda. Kami merayu. Buatlah sesuatu. Hentikan budaya jijik ini selamanya. Kita boleh lakukan dan mengubahnya bersama.
Buat ibu bapa kenali lah anak anda. Kenalilah mereka.
Moga keturunan saya, anda dan kita dijauhkan dari menjadi pembuli yang merasa hebat tersenyum melihat air mata dan kesengsaraan saudara seagama. Kita semua manusia. Saya, anda dan dia. Menyakitkan manusia dengan kata-kata atau perbuatan anda bukanlah sesuatu untuk anda banggakan.... kerana sabda Nabi saw yang anda akui anda sayangi dan turuti berbunyi begini
Dari Abdullah bin Umar r.a. Nabi SAW bersabda, "Seorang Muslim adalah orang yang tidak menyakiti semua orang muslim lain baik dari lisan dan tangannya"
Maaf kalau ada tersilap dan terkasar bahasa.
Kredit Wardina Saffiyah
Bagaimanapun, pelakon watak² filem gangster, Rosyam Nor tidak bersetuju dengan kenyataan Wardina yang dianggap mahu menutup rezeki pembikin filem.
“Kes buli bukan berlaku hari ini malah, filem berunsur gangster sudah banyak dihasilkan. Penonton hari ini yang menonton filem kisah gangster bukan dalam kalangan mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai baik dan buruk. Sebaliknya, apa yang berlaku terhadap kes buli seperti ini adalah berpunca daripada pengaruh dalam diri masing-masing,” jelas Rosyam Nor.
0 Response to "LUAHAN PENDAPAT WARDINA KES BULI SEMAKIN MENJADI-JADI DIBANTAH ROSYAM NOR"
Catat Ulasan