Namun jika kita tengok 7 permainan
dibawah ini, ianya mungkin akan mengamit memori kita semasa zaman kanak-kanak
dulu. Rasanya tentu sekarang susah hendak jumpa permainan ini dan mungkin tidak
lagi nampak kanak-kanak bermain permainan ini..

1. Payung Terjun - Cara
permainan dengan melambungkan payung terjun dari tempat tinggi. Admin dulu duduk
flat 10 tingkat.. So admin lepaskan dari tingkat 10 sampai ke bawah. Bila xpuas
hati dengan payung terjun segera tu admin dengan kawan-kawan buat sendiri payung
terjun menggnakan plastik sampah..

2. Set Ketenteraan Plastik -
Selalunya ia datang dengan kenderaan askar. Yang ni admin main sebelum admin
sekolah dengan jiran sebelah rumah.

3. Western Bar - Permainan
ala-ala gameboy atau PSP pada masa sekarang. Permainan tembak-tembak
koboi.

4. Parachute - Game ni
lebih kurang sama macam Western Bar. Kita kena kawal payung terjun tu landing
dkt tempat yang betul.

5. Gasing - Permainan
gasing. Mula-mula main, masing-masing lemparkan gasing. siapa yang angkat dulu
akan pangkah gasing kawan-kawan yang diletakkan dalam satu bulatan.. Bila
kreatif skit tukar paku gasing pakai paku simen.. Berapi dibuatnya. Sampai
berlubang-lubang lantai depan rumah admin dibuatnya.

6. Guli - Rasanya dulu
ramai yang main guli ni.. Menang dapat ambil guli kawan. Pastu simpan dalam satu
balang banyak-banyak buat koleksi.. Siapa paling banyak koleksi tu kira yang
paling hebatlah..

7. Penutup Botol - Admin
tak ingat dah apa dorang namakan permainan ni.. Yang admin ingat dulu pergi cari
penutup botol dekat kedai Apek. Dapat 5 penutup botol bawa pergi sekolah. Bila
cikgu tak ada main dengan kawan-kawan..
0 Response to "Nostalgia!! 7 Permainan Dulu-Dulu Yang Budak Zaman Sekarang Tak Akan Jumpa Lagi."
Catat Ulasan