Pekin Ibrahim Tiada Masa Untuk Bercinta?

Setelah putus cinta bersama aktres Uqasha Senrose, pelakon Pekin Ibrahim menjelaskan diri beliau masih lagi belum bertemu dengan penggantinya.


Pekin Ibrahim Tiada Masa Untuk Bercinta?, info, terkini, hiburan, gosip, pekin ibrahim,


Pekin Ibrahim mengakui, beliau kini sedang sibuk dengan kerjaya lakonan walaupun mempunyai keinginan untuk bercinta semula.

    “Saya kini sedang sibuk dengan jadual tawaran lakonan yang padat. Saya terfikir juga untuk mempunyai kekasih semula, keinginan untuk bercinta itu ada, tetapi saya sendiri sibuk dengan kerja. Tapi kalau saya jumpa calon yang sesuai, saya akan teruskan sahaja ke peringkat serius.”

    Pekin Ibrahim kini lebih  memikirkan untuk mencari seseorang yang sesuai bagi dirinya.

    “Sekarang saya berkawan dengan semua orang. Saya kini hanya memikirkan untuk mencari orang yang sesuai. Saya selalu mencuba yang terbaik dalam perihal cinta tapi sekarang, semuanya go with the flow.”

Dalam perkembangan lain, filem lakonannya, Ophilia bakal ke pawagam pada 18 Disember ini dan filem  Rumah Pusaka Di Simpang Jalan bakal menemui penonton pada 1 Januari tahun hadapan.
 


Sumber : wowartis.com

Related Posts :

0 Response to "Pekin Ibrahim Tiada Masa Untuk Bercinta?"

Catat Ulasan