Pelajar 13 Tahun Mati Dibuli Rakan, Dakwa Ibu




Sekarang ini, pengguna-pengguna laman sosial terutama sekali di Facebook telah kecoh berkaitan isu buli. 

Terbaru, satu klip video menampilkan sekumpulan pelajar yang tinggal di asrama membuli sekumpulan pelajar junior yang lain. Klip yang berdurasi 4 minit lebih telah tersebar luas dil laman sosial. Perkara ini telah menjadi trending dan “Singlet Hitam” telah menjadi viral ekoran seorang pelajar senior yang membuli tersebut memakai singlet yang berwarna hitam di dalam video itu.

Kali ini, penulis ingin kongsikan kejadian yang berlaku pada bulan Februari lalu, di mana seorang pelajar tingkatan satu telah mati oleh kerana dibuli oleh rakan sebaya, dakwa ibunya. 

Menurut ibunya, B. Thanamalar,  43, mendiang T. Kavinraj sering kali mengadu bahawa dia dibuli oleh rakannya di sekolahnya di Kerinching, Semenyih. 

Pada hari kejadian, mangsa dikatakan keluar dari tandas dalam keadaan mukanya yang kebiru-biruan sebelum memberitahu ibunya bahawa dia telah meminum sebotol ubat. 

“Kami terus bergegas membawanya ke klinik sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh doktor.” katanya kepada wartawan di Hospital Serdang.

Dari situ, ibunya mendakwa, anaknya telah mengalami gangguan mental yang serius oleh kerana dibuli oleh rakan-rakan di sekolah. 

Natijahnya di sini, kes buli seharusnya tidak dipandang enteng oleh pihak yang berwajib. Semua pihak perlu memainkan peranan dan membuat satu batu loncatan bagi mengatasi masalah ini dengan efektif.





Related Posts :

0 Response to "Pelajar 13 Tahun Mati Dibuli Rakan, Dakwa Ibu"

Catat Ulasan