
Ini kemarahan Zulin:
"Saya nak tanya awak, yang awak nak sibuk
tengok gambar saya buat apa? Saya tidak kongsi gambar-gambar saya khas buat awak
pun. Dan tidak ada sebab gambar saya perlu cantik di mata awak. Sekian terima
kasih.
Itu antara tulisan Zulin di laman instagram.
Pengacara Melodi ini memarahi peminat yang sering menghinanya di
laman sosial.
Ini komen Zulin:
"Setiap kali saya memuat naik gambar dalam IG,
pengikut itu pasti memberi komen yang kurang enak seperti mengutuk fizikal saya.
Bahkan dia juga meninggalkan komen berbaur jijik seperti 'eeee. yuckss.
geli..'
"Dia cuba menggambarkan diri saya seolah-olah
seperti haiwan. Apa yang dilakukan pengikut itu sudah cukup menguji tahap
kesabaran saya. Pada saya, dia memiliki aura negatif yang cukup besar dan perlu
dijauhi,
"Saya akui dalam situasi emosi yang kurang
stabil ketika itu. Maka, dengan perasaan marah saya menulis komen sebegitu bagi
menjawab apa yang sudah ditulis pengikut berkenaan terhadap foto saya.
"Sebenarnya, saya sudah lama bersabar dengan
komen ditulis pengikut itu pada foto yang saya muat naik. Bukan kali pertama dia
(pengikut) berbuat begitu.
"Sudah beberapa kali dia memberikan komen
kurang ajar dan tidak menghormati saya sebagai pemilik akaun laman sosial itu.
Saya sudah tak mampu bersabar lagi,"
"Jadi, kalau setakat berbelas atau berpuluh
komen yang diterima, saya masih mampu memantau komen-komen ditinggalkan itu. Apa
yang pasti, saya kurang gemar komen yang berbaur negatif.
"Bukanlah saya seorang yang tidak boleh terima
teguran. Tetapi, perlulah teguran ditulis itu beralas dan beradab. Apatah lagi,
saya juga seorang manusia biasa yang punya hati dan perasaan,"
Insta Zulin mencecah 60 ribu orang dan bagi
Zulin insta merupakan milik peribadinya untuk memuatnaik gambar apa sahaja dan
bukan tempat untuk mengutuk orang.
Sumber : Metro
0 Response to "Pengacara Melodi Zulin Mengamuk, Bergaduh Dengan Peminat"
Catat Ulasan