Beijing:
Pengasas Alibaba, Jack Ma berkata, dia tidak bahagia menjadi lelaki paling kaya
di China.
Dalam
satu wawancara dengan CNBC baru-baru ini, Ma berkata: “Forbes menyatakan saya
lelaki paling kaya di China. Ia sungguh menyakitkan. Apabila kamu kaya, orang
lain mengelilingi kamu hanya kerana wang.”
Menurutnya,
orang ramai kini melayani dia sebagai selebriti, bukan lagi sebagai
usahawan.
“Saya
mahu menjadi ahli perniagaan yang dihormati,” katanya.
Ma
berkata, dia tidak menjangka Alibaba akan berjaya seperti sekarang. Dia juga
tidak sangka akan menjadi kaya raya menerusi syarikat yang diasaskannya.
Tidak
lama selepas Alibaba mencatatkan rekod menerusi tawaran sahamnya pada September
lalu, bilionair berusia 50 tahun itu, buat kali pertama termasuk dalam senarai
Forbes selaku antara orang paling berpengaruh di dunia. - Agensi
0 Response to "Pengasas Alibaba Kurang Senang Disebut Paling Kaya"
Catat Ulasan