Pelakon terkenal yang menjadi kegilaan ramai jejaka, Nora Danish ada berkongsi perkembangan mengenai anaknya iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berumur 5 tahun.
“Mula-mula itu, saya agak risau kerana usianya baru sahaja 5 tahun. Tetapi mujurlah sekolah tersebut menyediakan satu diari untuk ibu bapa memantau prestasi anak-anak setiap hari. Malah Jejai dan keluarga mertua juga banyak membantu memantau kerja sekolahnya,” katanya.
Namun, Nora Danish mengakui dirinya terkejut apabila baru-baru ini anaknya itu membuat permintaan yang amat memeranjatkan.
“Walaupun dia sudah ada adik, tapi dia tak cemburu. Malah jika dia ke rumah Jejai, dia teruja untuk berjumpa adik-adiknya.
“Sehinggakan dia pernah menyuruh saya melahirkan seorang adik untuknya dan melarang saya diet kerana mahu saya mudah hamil,” tambahnya lagi.
Sumber
0 Response to "Punca Permintaan Mengejutkan Anak Nora Danish Tersebar"
Catat Ulasan