13 Disember yang lalu,
seorang pengguna Facebook, I-ling Tay, memuat
naik beberapa gambar seorang lelaki berbadan sasa (tak berapa nak sasa) di laman Facebook
mendakwa lelaki berkenaan telah mengancam keselamatan ibu bapanya ketika memandu
di kawasan Damansara Perdana.
Menurut wanita itu, lelaki
terbabit yang menunggang motosikal bersama rakan wanitanya di tengah-tengah
jalan. Ayah kepada si pengadu membunyikan hon agar motosikal itu memberikan
laluan kepada mereka.
Bagaimanapun, lelaki
terbabit tidak puas hati dengan tindakan ayah si pengadu menyebabkan dia
menunjukkan isyarat penumbuk.
Keadaan bertambah buruk
apabila kedua-dua mereka berhenti di lampu isyarat. Lelaki terbabit menunjukkan
lagak samsengnya dengan memukul cermin kereta mangsa dan menendang bampar depan
kereta mangsa.
Namun, rakannya cuba
menghalang dan mereka terus meninggalkan kereta mangsa.
Kedua-dua mangsa bernasib
baik dan tiada kecederaan yang dialami. I-ling Tay menasihatkan orang ramai agar
berhati-hati jika terserempak dengan lelaki terbabit.
via -MYMEDIAHUB
0 Response to "Abang 'Sado' Tunjuk Lagak Samseng Di Jalan Raya"
Catat Ulasan