5 Gambar Majlis Perkahwinan Adik Fizo Omar, Wan Nordiana | Pelakon terkenal, Fizo Omar mendedahkan majlis akad nikah adiknya, Wan Nordiana yang berlangsung petang Jumaat tadi menjadi kelam-kabut akibat rumah kediaman mereka di Selising, Pasir Puteh, Kelantan terputus hubungan.
Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar menyatakan persiapan yang dirancang untuk majlis pernikahan dan persandingan pada hari Santu terpaksa dibatalkan kerana rombongan pihak lelaki dari Kuala Lumpur tidak dapat menghadiri.
“Majlis pernikahan adik saya petang ini dan persandingan akan dilakukan sekadar apa yang mampu sahaja kerana keadaan tidak mengizinkan gara-gara rumah kami sudah terputus hubungan dengan kawasan bandar.
“Beberapa persiapan seperti katering, juru solek, tidak dapat sampai ke rumah kami petang ini.
Majlis tersebut tetap akan dijalankan secara sederhana mengikut syarat yang wajib sahaja. Dia bernasib baik kerana rumahnya tidak terlibat dengan kawasan banjir.
“Majlis pernikahan akan tetap dijalankan kerana pengantin lelaki sudah berada di sini bersama kedua ibu-bapanya dan kami akan buat majlis untuk keluarga sahaja manakala majlis persandingan esok pula akan tetap ada cuma makanan yang kami sediakan adalah terhad kerana bekalan makanan di kampung juga semakin berkurangan,” tambahnya lagi.
sumber
0 Response to "Gambar Majlis Perkahwinan Adik Fizo Omar, Wan Nordiana"
Catat Ulasan