Jordan James Parke adalah seorang juru make up dari Britian dan dia adalah seorang kipas susah mati atau Die Hard Fan Kim Kardashian. Jordan memberitahu akhbar The Sun bahawa dia mulai jatuh cinta dengan Kim yang berusia 33 tahun selepas menonton sebuah episod "Keeping Up With The Kardashians".
"Saya suka segala-galanya tentang Kim," katanya kepada The Sun.
"Dia wanita paling cantik yang pernah saya tengok. Kulitnya adalah sempurna, rambutnya, segala-galanya tentang dia adalah sempurna."
Dalam usaha untuk menyerupai idolanya, Jordan telah melalui lebih daripada 50 prosedur pembedahan kosmetik termasuk Botox, bibir dan mengebu pipi, mentatu kening dan menjalani laser untuk membuang rambut di kepalanya. Semua pembedahan yang dia jalani adalah bernilai lebih kurang USD 150,000.
![]() |
Wajah Jordan semasa kecil |
"Saya ketawa apabila orang cuba menghina saya dengan memberitahu saya, wajah saya kelihatan seperti plastik atau palsu," beliau mendedahkan. "Adakah mereka berfikir saya inginkan wajah yang semula jadi? Jika saya mahukan, saya akan meminta wang saya kembali." Ujar Jordan yang sememangnya ingin kelihatan seperti Kim.
0 Response to "Jordan James Parke Jalani 50 Pembedahan Dengan Kos USD 150,000 Untuk Mengubah Diri Menjadi Kim Kardashian"
Catat Ulasan