![]() |
Mangsa Nur Syafiqa kini dirawat di hospital. |
Kota Bharu: “Mungkin
orang dekat-dekat sini yang buat kerana ketika kejadian, memang emak dan dua
adik saja di rumah. Tiada orang lain,” kata anak perempuan mangsa samun, Hat
Tema Mat Zin, 58, yang enggan dikenali ketika ditemui di Hospital Universiti
Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2
petang itu, kediaman Hat Tema di Wakaf Berangan, Pasir Puteh dipecah masuk dua
lelaki memakai topi keledar dengan penutup muka. Turut berada dalam rumah ketika
itu ialah dua anaknya, Nur Shafiqa Lah, 22, dan Nur Shafatini, 18.
Hat Tema cedera di dahi
dan bengkak di muka manakala Nur Shafiqa ditumbuk di bawah mata dan pipi kirinya
ditoreh dengan pisau oleh seorang suspek yang dipercayai cuba
memperkosanya.
Mereka dirawat di Hospital
Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh sebelum dirujuk ke HUSM.
Bagaimanapun, Nur
Shafatini tidak cedera kerana sempat menyembunyikan diri.
![]() |
Kejadian berlaku di Pasir Puteh Kelantan. |
Menurut anak Hat Tema
berusia 30-an itu, mereka sekeluarga bersyukur kerana mangsa selamat dan tidak
mengalami kecederaan yang serius.
“Alhamdulillah, emak dan
adik selamat. Kami bersyukur, apatah lagi ketika kejadian berlaku tiada ahli
keluarga lain di rumah.
“Saya sendiri hanya
mengetahui kejadian itu sebaik dimaklumkan seorang adik perempuan dan terus ke
HTA. Kejadian ini sungguh tidak disangka,” katanya. - hmetro
0 Response to "Kes Toreh Muka: Suspek Disyaki Orang Dikenali"
Catat Ulasan