Mayat Ditemui Dalam Stor Burger







SARAWAK - Mayat seorang lelaki ditemui oleh peniaga burger di dalam kotak stor burger di tepi Jalan Bandar Baru Samariang.



Mangsa, Suhaimi b. Ibrahim, 26, ditemui mati dalam keadaan baring secara mengiring yang masing lengkap berpakaian tanpa kasut dengan kesan darah di bahagian kepala.



Manga yang dipercayai menganggur itu ditemui oleh saksi yang juga pemilik gerai burger berkenaan.








Hasil siasatan forensik menjumpai kesan luka lama pada kepala mangsa. Tiada sebarang senjata dijumpai di kawasan kejadian.



Keluarga mangsa telah dipanggil untuk mengecam mayat. 



Kali terakhir mangsa berjumpa dengan kakaknya pada jam 7 petang 25 Disember 2014.

 

via - MYMEDIAHUB

0 Response to "Mayat Ditemui Dalam Stor Burger"

Catat Ulasan