Satu kejadian yang menyayat hati dan sangat menarik membawa erti persahabatan yang sebenar walaupun mereka bukan manusia. Memaparkan seekor monyet cuba menyelamatkan rakannya yang tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik. Rakaman video tersebut menjadi perhatian dan viral di internet.
Menurut mereka yang melihat kejadian tersebut, salah seekor Monyet tersebut telah terkena renjatan elektrik daripada satu kabel yang bervoltan tinggi di sebuah landasan keretapi di Kanpur, India sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Rakan monyet tersebut terus menarik rakannya yang pengsan ke kawasan yang selamat dan berulang kali menggerakkan rakannya.
Monyet tersebut juga menarik rakannya ke dalam satu takungan air bagi menyelamatkan dan menyedarkan rakannya. Mereka yang menyaksikan kejadian tersebut kagum dengan sikap moyet tersebut dan menyifatkan ianya adalah "True Friendshp".
Lihat rakaman video di bawah..
0 Response to "Menyayat Hati: VIDEO Monyet Cuba Menyelamatkan Rakannya Tidak Sedarkan Diri Selepas Terkena Renjatan Elektrik.. True Friendship.."
Catat Ulasan