LIMBANG: Seorang lelaki yang warga Malaysia ditahan di sempadan Malaysia Brunei semalam atas penemuan penyeludupan barangan terlarangan dengan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan.
Lelaki terbabit yang dipercayai pegawai Kastam bahagian Limbang, Sarawak, cuba menyeludup beberapa buah kotak besar yang dipenuhi dengan rokok seludup dan minuman keras dibawa masuk ke Brunei menggunakan kenderaan rasmi Kastam Malaysia.
Namun, usahanya itu gagal apabila lelaki itu ditahan oleh pihak Kastam Brunei dan dijatuhkan denda sebanyak B$130,000.00.
Sehingga ke waktu ini, belum ada kenyataan rasmi dari pihak Kastam.
Sumber
0 Response to "Pegawai Kastam Ditahan, Guna Kenderaan Kastam Untuk Menyeludup Rokok & Beer"
Catat Ulasan