Pengorbanan Cikgu Nurhayati Sebelum Bot DiNaikinya Terbalik

Kisah Sebenar Cikgu Nurhayati Sebelum Bot DiNaikinya Terbalik



Kisah Sebenar Cikgu Nurhayati Sebelum Bot Di Naikinya Terbalik | Mangsa banjir yang terkorban selepas bot yang dinaikinya terbalik, Nurhayati Sulong sanggup bergadai nyawa berpatah balik ke rumahnya dalam keadaan banjir yang semakin buruk semata-mata untuk mengambil kertas peperiksaan SPM yang belum diselesaikan.

Suami Nurhayati, Suhaimi Awang turut terkorban dalam tragedi itu yang berlaku bila bot berkenaan karam selepas terperangkap dalam pusaran air di Kampung Che Akob, di sini.

“Saya amat merasa tersentuh dengan apa yang berlaku kerana saya dapat maklumat Allahyarham Cikgu Nurhayati ini, dia pulang ke rumah semata-mata hanya untuk mengambil kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih belum selesai

“Ini satu pengorbanan yang sangat besar.


Dia seorang guru yang hebat. Tanpa memikirkan keselamatan diri, beliau tetap nak balik mengambil kertas soalan SPM,” kata Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.


Sebagai menghargai khidmat bakti pasangan itu, Ahmad Razif menyatakan pihaknya akan menjaga segala kebajikan dan pendidikan serta akan mengambil keenam-enam anak mangsa sebagai anak angkat kerajaan negeri.

Related Posts :

0 Response to "Pengorbanan Cikgu Nurhayati Sebelum Bot DiNaikinya Terbalik"

Catat Ulasan