![]() |
Presiden PBNJ TMJ Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim. |
Persatuan Bolasepak Negeri
Johor (PBNJ) hari ini telah membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf dan
mengharamkan Inter Johor Firms (IJF) seumur hidup dari memasuki Stadium Tan Sri
Dato Haji Hassan Yunos dan mana-mana stadium di Malaysia jika ada perlawanan
yang melibatkan perlawanan melibatkan pasukan dari negeri Johor.
Tidakan ini telah
diperkenan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Mahkota Johor untuk menghalang sebarang pengibatan IJF kerana telah menemarkan
imej negari Johor.
Baca : (18 Gambar) Penyokong Malaysia
mengamuk pukul penyokong Vietnam
Menurut Tungku Ismail, “Pihak
yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan
ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf
sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu
dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor”.
Pihak PBNJ akan
bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia untuk menghalang kegiatan kumpulan
pelampau ini dari menimbukan huru-hara lagi dalam bola sepak.
PBNJ mengambil keputusan
ini bukan kerana kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam tetapi
adalah kerana DYAM Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ mengutuk
sekeras-kerasnya mana mana organisasi yang mengamalkan ideologi ‘Hooligan’ dalam
menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan.
![]() |
Salah
seorang suspek kini dikenal pasti.
|
![]() |
Salah seorang mangsa berdarah selepas dibelasah oleh IJF. |
Dari berita semalam pula
kumpulan pelampau ‘hooligans’ ini diperayai telah terlibat dalam pergaduhan di
Stadium Shah Alam semalam selepas Malaysia tewas 1-2 di tangan Vietnam. Mereka
diperayai telah memukul penyokong Vietnam yang meraikan kemenangan
mereka.
Perkara ini dilihat
sungguh tidak bertamadun kerana ia boleh menjatuhkan dan mencalar maruah negara
kita yang dikenali serata dunia. Tindakan hooligans bola sepak ini sepatutnya
tidak terbawa ke negara kita kerana bertentangan dengan terma ketimuran dan
agama.-siakapkeli
0 Response to "Penyokong hooligan IJF kini diharamkan seumur hidup - JDT"
Catat Ulasan