Wanita rakyat China
dimarahi seorang wanita Thailand selepas dia bertindak memotong barisan di
kaunter pengesahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok pada 26
Disember lalu. – Agensi
BANGKOK 28 Dis – Gara-gara
tidak berpuas hati dengan sikap biadap seorang wanita warga China yang bertindak
memotong barisan di kaunter pengesahan penerbangan di sebuah lapangan terbang di
sini menyebabkan seorang wanita warga Thailand naik berang dan memarahi wanita
China berkenaan.
Akhbar Daily Mail
melaporkan insiden kedua-dua wanita itu bertengkar menggemparkan penumpang dan
orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Thailand,
kelmarin.
Ekoran insiden itu,
beberapa pengguna di lapangan terbang tersebut sempat merakamkan video dan
gambar pergaduhan itu menggunakan telefon bimbit
masing-masing.
Menurut seorang saksi,
ketika penumpang beratur di sebuah kaunter pengesahan syarikat penerbangan
tambang murah, Lion Air Thailand, seorang penumpang warga Thailand naik berang
apabila seorang penumpang wanita warga China bertindak memotong
barisan.
Bangkok Post melaporkan,
pelancong dari China dan wanita Thailand itu mula bertengkar dan tercetus
pergelutan kecil sebelum dileraikan oleh beberapa orang penumpang lelaki yang
turut berbaris.
Namun kedua-dua wanita itu
didapati terus menjerit ke arah satu sama lain.
Kejadian di lapangan
terbang itu merupakan beberapa insiden pertengkaran dan gangguan yang
membabitkan penumpang warga China pada bulan ini.
Sebelum ini seorang
penumpang wanita warga China yang kecewa kerana dia tidak dapat duduk disebelah
teman lelakinya di dalam pesawat bertindak membaling secawan air panas dan mi ke
muka seorang pramugari syarikat penerbangan AirAsia Thailand.
Susulan itu, teman lelaki
wanita tersebut melompat keluar dari kerusinya dan mengugut untuk meletupkan
pesawat berkenaan yang dalam perjalanan ke Nanjing, sebelum pesawat itu dipaksa
perpatah balik dan melakukan pendaratan cemas.
Ekoran insiden itu,
menyebabkan pelancong China dikecam oleh media tempatan di China yang menggelar
mereka sebagai tidak bertamadun dan kerajaan China berjanji akan mengenakan
hukuman berat kepada pasangan tersebut dan dua teman mereka.
Dalam satu kenyataan pedas
yang dikeluarkan Jabatan Pentadbiran Kebangsaan Pelancongan menyatakan kejadian
pelancong China mengganggu penerbangan dan mencederakan penumpang telah ‘secara
teruk merosakkan imej keseluruhan orang China.’
via -
MYMEDIAHUB

0 Response to "Potong Barisan, Wanita China 'Ditomoi' Bertubi-tubi Oleh Warga Thailand"
Catat Ulasan