Punca sebenar kes
duit dalam Maybank kena hacked atau godam. Menerusi laman sosial, kini tersebar
beberapa kes duit akaun pengguna Maybank hilang atau lesap dalam masa sehari.
Perlu diingatkan bahawa kes duit didalam akaun Maybank hilang adalah berpunca
daripada kecuaian atau kesilapan pengguna sendiri dan bukannya dari pihak Bank.
Kebanyakan kes berlaku adalah melibatkan transaksi “Pre-Auth-Debit” bagi
pengguna yang mengunakan kad debit atau kredit. Kes ini berpunca susulan
pengguna meletakkan maklumat butiran perbankan termasuk nombor kad debit, nombor
sekuriti (CCV) dan Expired Date di applikasi Adroid, Playstore dan juga Appstore
dalam telefon pintar anda. Kes seperti ini juga lebih dikenali sebagai software
cracked/ hijacked atau phishing yang membuatkan duit dari kad debit atau kredit
anda dipotong secara automatik walaupun anda tidak melanggan servis tersebut.
Untuk penyelesaian, pastikan anda tidak membeli aplikasi atau games yang
memerlukan transaksi duit dari akaun bank anda. Pastikan juga anda tidak
mendedahkan nombor kad debit/ kredit ,expired date dan nombor CCV kepada pihak
yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, turut berhati-hati dengan sebarang
panggilan telefon / SMS / emel yang meminta butir-butir perbankan anda
.
Antara Kes Duit Dalam Maybank Kena Hacked Atau Godam
Sumber
Antara Kes Duit Dalam Maybank Kena Hacked Atau Godam
Sumber
0 Response to "Punca Kes Duit Dalam Maybank Kena Hacked Atau Godam"
Catat Ulasan