Punca Kucing Hitam Dihukum 'Gantung Sampai Mati' Di Sibu Tidak Masuk Akal

Para pencinta kucing hari ini digemparkan dengan sekeping gambar kejam yang kini sudah tersebar meluas di laman Facebook.

Entah apa dosa dan silapnya, seekor kucing hitam dibunuh dan jasadnya digantung tinggi oleh si pelakunya di hadapan kediamannya yang jelas sekali tidak takut dengan tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadapnya.








Kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Rada, Sibu, Sarawak berdasarkan pendedahan yang didedahkan oleh individu yang memuat naik gambar berkenaan.


Pihak berkuasa telah menyerbu kediaman terbabit setelah gambar tersebut menjadi viral di laman sosial. Jasad kucing malang itu juga telah diturunkan dan siasatan lanjut akan dijalankan.




Bagaimanapun, usah terlalu gembira. Ini kerana berkemungkinan besar (berdasarkan kes-kes yang lalu), hukuman atau denda tunai yang ringan sahaja akan dikenakan kepada si pelaku.

Sumber

Related Posts :

0 Response to "Punca Kucing Hitam Dihukum 'Gantung Sampai Mati' Di Sibu Tidak Masuk Akal"

Catat Ulasan