TERKINI!! Pesawat AirAsia Airbus A320 dari Surabaya, Indonesia ke Singapura Hilang..




Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.



Memetik laporan Kompas.com, Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pantauan radar. Pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan. Pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Perkara ini juga dilaporkan oleh Detik.com



Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus A320 AirAsia itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.



Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia itu.



Perkara ini juga disahkan oleh Facebook rasmi AirAsia.. 









Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan, Hadi Mustofa, berdasarkan daftar penumpang pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura itu, 149 penumpang lain terdiri daripada warganegara Indonesia.



“Warganegara Singapura seorang, United Kindom seorang dan Korea Selatan tiga orang termasuk bayi,” kata Hadi dalam wawancara dengan stesen televisyen Metro TV sebentar tadi.


Marilah kita bersama-sama berdoa agar mereka semua selamat.. 





Sumber: bharian.com.my

Related Posts :

0 Response to "TERKINI!! Pesawat AirAsia Airbus A320 dari Surabaya, Indonesia ke Singapura Hilang.."

Catat Ulasan